muhasabah diri
assalamualaikum, salam sejahtera n salam satu malysia, hari ini aku nak kongsikan doa buat semua umat islam sedunia, marilah sama-sama kita mengamalkan doa bismillah 7 ini, kerana terdapat banyak fadhilat jika kita selalu mengamalkan bacaan ini…bacalah setiap waktu, insyaallah, doa anda dimakbulkan oleh Allah S.W.T…..
Maksudnya:
1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
2. Dengan nama Allah yang amat mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui setiap sesuatu.
3. Dengan nama Allah yang maha pencipta, lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia yang menguasai lagi amat mengetahui.
4. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui lagi amat bijaksana.
5. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui lagi amat berkuasa.
6. Dengan nama Allah yang amat perkasa lagi mulia yang tidak ada sesuatu pun menyamainya, dan Dia amat perkasa lagi amat mulia.
7. Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi mengasihani yang tidak ada sesuatupun menyamainya, dan Dia maha pengampun lagi mengasihani, Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia amat mengasihani dari segala-galanya.
8. Dan berselawatlah Allah keatas penghulu kami Muhammad juga ke atas kaum keluarga dan sahabatnya dan telah selamatlah.
Khasiat Ayat Ini
1. Penawar bisa seperti ular & kala jengking.
2. Penawar racun dan penyakit.
3. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak
4. Menghalang jin & syaitan.
5. Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
6. Terpelihara daripada bahaya seteru dan musuh.
Tatacara
1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup di tangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
4. Kemudian iktikad seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.

baca subahanaallah,ya allah,allahu akbar sebanyak 100 kali setiap pagi.Insyaallah dirimu akan dilindungi…
Buka sje mata dari tidur handaklah kamu bersyukur kepada Allah..kerana kamu masih diberi peluang untuk bertaubat…
setiap kali lepas solat fardu hendak lah kamu berzikir astafiruallah sebanyak 100 kali…InsyaAllah hatimu akan jadi bersih………
insyaallah…..aminnn